Monday, September 7, 2009

Perkampungan Moden....



Semlm aku keluar ke KL Sentral menemani sahabatku untuk membeli brg keperluan esingment. Semasa pulang ke UKM, kami singgah ke mid valley. Ketika kami singgah di mid valley, aku terlihat sebuah perkampungan kecil. Perkampungan itu telah menarik perhatianku dan terus teringat kepada zaman Hang Tuah. Adakah perkampungan itu, sama seperti perkampungan Hang Tuah yang ada dalam fikiran ku??? Aku berfikir sejenak dan terbayangkan mungkin apa yang aku lihat ini tidak sama dengan perkampungan yang dihuni oleh Hang Tuah. Dalam fikiranku menyatakan bahawa mungkin perkampungan yang aku lihat ini adalah perkampungan moden bukannya tradisional. Aku sangat teruja dengan pemandangan yang direka berbentuk tradisional itu. Tambahan pula, pada waktu yang sama di tempat itu juga adanya peragaan baju tradisional yang bercorak batik oleh model-model tempatan. Pada zaman Hang Tuah, adakah batik ini menjadi komersial seperti sekarang?? Aku berfikir dan berfantasi sendiri tentang Hang Tuah... Hari-hari aku penuh dengan khayalan tentang Hang Tuah.huhu.. Menarik juga..hehe...

No comments:

Post a Comment