Friday, September 11, 2009

Hang Tuahku...

Tulisan Braille
Braille
Aku berfikir bolehkah Hang Tuah yang akan aku hasilkan boleh dikaitkan dengan seorang yang pakar dalam masalah penglihatan.Seperti orang buta mereka menggunakan bermacam-macam alat untuk komunikasi mereka.Salah satu alat yang mereka guna ialah Braille untuk kemudahan mereka menulis dan membaca.Braille ini digunakan untuk menulis dan membaca setiap perkataan yang dihasilkan ditandai dengan butir-butir kecil yang mewakili huruf dan objek yang ditentukan..Menarik sekali sewaktu kali pertama aku melihatnya kerana sebelum ini aku tidak pernah mengenali apakah benda tersebut.

Monday, September 7, 2009

Penat lelahku berhasil....!!!

ketika aku berjalan-jalan dengan kwn2 ku...aku berfikir dan mendapat ilham bahawa aku boleh mengilhamkan cerpenku dengan Hang Tuah jika aku betul2 menghayati apa yang tersirat. Aku mula mendapat ilham...tunggu sehingga ia menjadi satu idea yang cukup bernas...huhu...

Perkampungan Moden....



Semlm aku keluar ke KL Sentral menemani sahabatku untuk membeli brg keperluan esingment. Semasa pulang ke UKM, kami singgah ke mid valley. Ketika kami singgah di mid valley, aku terlihat sebuah perkampungan kecil. Perkampungan itu telah menarik perhatianku dan terus teringat kepada zaman Hang Tuah. Adakah perkampungan itu, sama seperti perkampungan Hang Tuah yang ada dalam fikiran ku??? Aku berfikir sejenak dan terbayangkan mungkin apa yang aku lihat ini tidak sama dengan perkampungan yang dihuni oleh Hang Tuah. Dalam fikiranku menyatakan bahawa mungkin perkampungan yang aku lihat ini adalah perkampungan moden bukannya tradisional. Aku sangat teruja dengan pemandangan yang direka berbentuk tradisional itu. Tambahan pula, pada waktu yang sama di tempat itu juga adanya peragaan baju tradisional yang bercorak batik oleh model-model tempatan. Pada zaman Hang Tuah, adakah batik ini menjadi komersial seperti sekarang?? Aku berfikir dan berfantasi sendiri tentang Hang Tuah... Hari-hari aku penuh dengan khayalan tentang Hang Tuah.huhu.. Menarik juga..hehe...

Sunday, September 6, 2009

Sehari...

Hari ini aku keluar bersama temanku...

Saturday, September 5, 2009

Akhirnya....

Oh Hang Tuah wujudlah ke dalam mimpiku...semoga aku mendapat ilham atau mimpi untuk melakarkan coretan ku pada hari esk dan seterusnya.Sekain coretan pada hari ini...

Foto-foto





Hang Tuah Sebuah Lagenda


Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah. Hang Tuah adalah lagenda hero Melayu yang hidup di Zaman Kesultanan Melayu era kurun ke 15 dizaman Kesultanan Sultan Mansur Shah hingga ke Sultan Mahmud Shah.