Saturday, September 5, 2009

Hang Tuah Sebuah Lagenda


Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut. Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah. Hang Tuah adalah lagenda hero Melayu yang hidup di Zaman Kesultanan Melayu era kurun ke 15 dizaman Kesultanan Sultan Mansur Shah hingga ke Sultan Mahmud Shah.

No comments:

Post a Comment